Tips LAN – Pejabat / Rumah

Posted: 1 Januari 2008 in Network
Tags: , , ,

LAN (Local Area Network) adalah salah satu teknologi tangkaian yang menyambungkan alatan komputer / komputer dalam satu kawasan yang kecil seperti pejabat, bangunan, kolej, rumah dan sebagainya.

Untuk membuat satu rangkaian LAN, seperti di pejabat contohnya, perlu mengetahui beberapa faktor dan kemungkinan supaya masalah tidak timbul dan ia boleh mendatangkan kemudahan bukan keburukan.

Faktor yang perlu di lihat:

  • Plan rangkaian yang kompleks, tidak serabut dan mudah.

Plan rangkaian digunakan untuk menyenaraikan segala keperluan alatan, prasarana, aturan rangkaian, reka bentuk dan lain-lain. Ini dapat memudahkan pemasangan dan pengaplikasian sistem rangkaian.

  • Applikasi yang digunapakai.

Aplikasi yang diguna pakai dalam sesuatu organisasi perlu dipertimbangkan kerana sesetangah applikasi menggunakan aliran trafik yang tinggi dan ia boleh menyebabkan kesesakan. Oleh itu, aplikasi yang tidak di perlukan perlu di blok dari menggunakan sistem rangkaian.

  • Prestasi trafik rangkaian yang diperlukan.

Perlu memastikan beberapa faktor dan kemungkinan bagi pengguna yang menggunakan rangkaian supaya aliran trafik yang diberikan tidak terlalu kecil yang boleh mengakibatkan kesesakan.

  • Keadaan Geografi

Juga boleh dilihat dari segi keadaan reka bentuk bangunan. Jika ruang pejabat yang luas dan mempunyai banyak peralatan komputer, boleh menggunakan tanpa wayar (wireless) untuk di sambungkan ke rangkaian. Ini dapat menjimatkan kos. Juga, ruang kawasan persekitaran yang masih boleh digunakan konsep LAN, MAN atau WAN.

  • Kemudahan akan datang (Scalability)

mungkin di suatu hari, pengguna yang mahu menggunakan rangkaian bertambah, atau penggunaan aplikasi yang memerlukan aliran trafik yang tinggi dan lain. Plan sistem rangkaian sekarang perlu di kira2 supaya boleh menampung penggunaan yang tinggi sekitar 2-5 tahun akan datang. Dan juga cadangan untuk menaik taraf rangkaian.

  • Keselamatan

Ia amat penting bagi penggunaan dalam lingkungan pejabat. Sistem keselamatan yang dibangunkan bersama dapat menyekat pengguna yang tidak diberi kuasa untuk mengubah atau memasuki kawasan lain. Juga dapat mengawal penyebaran virus dan lain2.

  • Kos / Bajet

Perkiraan mengenai alatan dan keperluan lain yang diperlukan amat penting supaya kos membeli dapat dikurangkan. Juga ia dapat memenuhi bajet yang diberikan oleh bos.

Banyak lagi faktor yang perlu di ambil tahu supaya rangkaian yang dibuat boleh digunakan dengan baik, kos berpatutan dan mempunyai cadangan / fungsi untuk di naiktaraf masa hadapan.

Jika di rumah atau pengguna yang mengunakan konsep LAN sedikit, faktor- faktor di atas tidak perlu diberi perhatian sangat. Tetapi konsep yang di reka di pejabat perlu memberi perhatian tinggi pada faktor di atas. Juga, perlu menyenaraikan setiap alatan/perkakasan, ip address dan lain-lain.

——————————————————————————————————————-

Reka bentuk mudah

lan

lan

Ini adalah contoh gambaran rangkaian. Jika LAN dirumah, amat mudah untuk di uruskan. Cuma plug and play. Beli switch/hub, straight cable dan komputer.  Cume perlu sambungkan pada belakang cpu menggunakan straight cable dan sambungkan ke switch. Begitu juga dengan komputer yang lain. Router / modem digunakan untuk mendapat capaian internet melalui telepon line. Hanya perlu daftar di ISP (internet service provider) seperti celcom,maxis,digi, jaring,telekom dan lain2.

Alatan yang diperlukan

  • NIC (network interface card) – setiap komputer perlu ada.
  • Twisted-pair cable (network cable) dan RJ45 connector
  • Modem/router, switch, hub
  • Alatan yang diberi oleh ISP seperti line telepon, broadband dan lain2.

Cara

  • Sambungkan komputer pada switch / hub.

Sebelum itu, perlu tahu mengenai sambungan dari komputer-komputer atau komputer – alatan rangkaian lain. Wayar twisted-pair boleh digunakan pada dua jenis iaitu crossover atau straight cable. Untuk Kegunaan komputer-komputer, crosover cable diperlukan. Untuk komputer ke alatan rangkaian lain, straight cable diperlukan.

Straight cable diperlukan untuk menyambung komputer – switch dan crossover cable diperlukan bilamana sambungan switch – router.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s