Rangkaian Maya ( VPN )

Posted: 2 Mac 2008 in Network
Tags: , ,

VPN – Virtual Private Network, ialah satu rangkaian yang menghubungkan sumber (komputer) ke sumber yang lain melalui beberapa node (router) atau senang dikenali, internet. VPN boleh dikatakan lebih kompleks dari point-to-point. Dari Internet Engineering Task Force, vpn boleh di kategorikan kepada beberapa bahagian:

+ Lapisan 1 (layer 1)
– Virtual private wire and private line services (VPWS and VPLS)
+ Lapisan 2 (layer 2)
– Virtual LAN (VLAN)
– Virtual private LAN service (VPLS)
+ Dan banyak lagi. Yang aktif dan tak aktif

Beberapa jenis keselamatan yang digunakan dalam vpn untuk mencegah pihak yang tidak diundang atau tidak di kenali. Keselamatan sistem ini dapat menjamin (tidak sepenuhnya) sumber yang di sambungkan dari ancaman kerosakan pada perisian, malware, hacker, virus dan lain-lain. Jenis yang boleh di kategorikan ialah:

+ Authentication before VPN connection
– Sebelum sambungan sepenuhnya vpn, pengguna perlu memasukkan username, password, fingerprint atau lain-lain keselamatan yang boleh digunakan untuk mengakses sumber. Ia juga boleh dijadikan penentu tempat atau taraf pengguna untuk mengakses sumber seperti pengguna yang bertaraf supervisor yang boleh mendapat capaian sepenuhnya dan boleh mengakses semua tempat fail atau user yang hanya boleh mengakses di tempat tertentu.

+ Trusted delivery networks
+ Security mechanisms

dan banyak lagi. Kebiasaan yang boleh kita lihat dan gunakan adalah Authentication before VPN connection. Dalam sistem operasi seperti window, ada diberikan perkhidmatan vpn yang kita perlu setkan sendiri. Berikut adalah step bagaimana untuk set vpn antara komputer (sumber):

  • Start –> Control Panel –> Network Connection
  • Di sebelah kiri terdapat beberapa butang. klik pada ‘create a new connection’.
  • Satu popup window akan keluar. Klik ‘next’
  • Pilih @ klik pada ‘connect to the network at my workplace’
  • Pilih @ klik pada ‘virtual private network connection’
  • Namakan rangkaian ini seperti ‘ vpn to office’
  • Masukkan ‘ip address’ atau ‘domain name’ sumber @ komputer yang hendak di sambungkan. cth: server-192.168.1.2 @ cubavpn.com
  • klik ‘finish’.
  • Begitu juga dengan sumber atau komputer yang di sambungkan, perlu ulang step ini dan pada step masukkan ip address, masukkan ip sumber @ komputer pelanggan @ pengguna.

Untuk memulakan, klik dua kali pada ‘vpn to office’ (nama yang diletakkan) dan ia akan keluar satu paparan yang meminta username dan password. Setelah di isi, terus klik connect.

Dalam keadaan teknologi dan sistem yang canggih sekarang, anda boleh dapati pelbagai perisian yang meberikan khidmat vpn seperti logmein, strongvpn dan banyak lagi. Juga anda boleh mendapatinya secara percuma (mungkin dalam tempoh percubaan).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s