Penjagaan Komputer

Posted: 9 Mac 2008 in Komputer
Tags: ,

Pada zaman moden sekarang ini, komputer begitu penting sekali kerana ia dapat melaksanakan beberapa pekerjaan dengan mudah dan cepat. Tidak kira jenis desktop, komputer peribadi, riba dan sebagainya, penggunaannya begitu meluas sehinggakan boleh dikatakan setiap seorang memerlukannya. Kebanyakan komputer, terutama komputer riba hanya dapat bertahan selama 2 tahun sahaja. Ini kerana masalah penjagaan komputer tidaj di ambil berat.

Di sini aku nak berkongsi pengalaman sebagai teknikal dan tips-tips untuk menjaga komputer. Part paling penting untuk dijaga ialah CPU, ia umpama nadi bagi komputer. untuk mengelakkan komputer anda dari menjadi sarang serangga perosak, ia perlu di bersihkan setiap bulan atau paling kurang 3 bulan sekali. Aku pernah baiki satu komputer dulu, masa aku buka CPU dia, keluar labah-labah dengan anak cucu sekali. Bahkan ade juga yang bela cicak dan di kebumukan di power supply. Ini boleh mengakibatkan power supply rosak dan bila ia rosak, boleh juga menjakiti motherboard.

Bagi pengguna yang ada pengalaman atau tahu serba sedikit tentang komputer, buka CPU anda dan bersihkan setiap perkakasan.

  1. Cabut semua perkakasan seperti RAM, Processor, Graphic card, NIC, motherboard, dan sebagainya.
  2. Bersihkan segala kotoran terutama pada sink processor dan kipas.
  3. Beli secebih silikon dan letak di antara sink dan processor.
  4. Urus semua wayar dengan baik.
  5. Kalau ada duit lebih, beli external fan (kipas kecil). Bagi komputer riba, anda dinasihatkan untuk beli cooler pad.

Hard disk yang merupakan bank data perlu di uruskan dengan baik kerana jika ia tidak dijaga dengan baik, hard disk boleh rosak dan semua data boleh corrupt. Cuba sebulan atau 2 bulan sekali buat benda ni.

  1. Scan virus menggunakan anti virus yang anda install.
  2. Scan hard (error checking).
  3. Buat disk defragmenter. Ini penting sekali.
  4. Buang file dalam recycle bin.

Bagi komputer riba, battery komputer begitu penting untuk dijaga. Ia tidak seharusnya di pasang ketika anda menggunakan power cable kecuali untuk cas sahaja. Ini akan mengakibatkan battery menjadi kong dan rosak. Kebiasaannya komputer riba akan bertahan 2 tahun selepas habis warranty. Kebiasaanya, kerosakan yang dialami ialah berkaitan dengan motherboard (terbakar), kipas processor tak hidup, hard disk mengalami bad sector, dan LCD rosak. Motherboard terbakar kerana panahan kilat atau petir yang melalui prot UTP (cable internet) dan motherboard itu sendiri yang bukan daripada jenis havy duty, Tenga elektrik yang berlebihan juga buleh mengakibatkan motherboard terbakar. Komputer riba selalunya mempunyai masalah dengan hard disk. Ini kerana, hard disk tersebut tidak boleh berhenti dari berfungsi dengan sendirnya kerana ia boleh mengakibatkan bad sector. Bila battery habis atau terputus tenaga elektrik, hard disk akan berhenti dengan sendirinya. Sesetengan pengguna yang menggunakan universal power, perlu berhati-hati. Universal power tidak sama dengan power yang original keran ia sebenarnya hanya untuk mengecas battery sahaja. Jika ia digunakan terlalu lama, ia boleh mengakibatkan letupan kecil dan mengakibatkan laptop tidak berfungsi.

Komen-komen
  1. Jerry berkata:

    Hallo bro, banyak lagi yang anda tinggal sebab bab jaga komputer ni terlalu banyak. Tidak semestinya semua laptop mempunyai jangka hayat 2 tahun. Banyak juga laptop yang jangka hayat mereka lebih dari 2 tahun. Bagi aku, kebanyakan dari laptop yang dibeli perlu mengikut ketahanannya dan kalau boleh minta panjangkan warranty time

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s