Program Jahat ( Malicious Program )

Posted: 29 September 2008 in Berita IT
Tags: , , , ,

Penulis program jahat (malicious program) ini mempunyai empat golongan yang boleh dikategori kepada 2 iaitu:

  • Cyber vandalism – peringkat 1

Penulis yang baru berjinak-jinak dengan dunia ‘programer’. Mereka cuba menguji kemahiran yang baru dipelajari melalui mencipta ‘malware’. Tetapi ‘malware’ yang dicipta atau program yang mereka buat sebahagian besarnya tidak dapat bertahan dan akan hilang bila cakera keras (harddisk) di susun (format) semula. Kebanyakan malware yang dibuat tidak tersebar seluruhnya ke merata tempat (internet).

  • Cyber vandalism – peringkat 2

Kategori kedua yang menyumbang sejumlah besar ‘malware’ ialah golongan ini yang mana mereka dikalangan orang muda, yang belum habis belajar tetapi mencuba untuk mencipta ‘malware’. Mereka memilih untuk sering menggangu komuniti yang menggunakan komputer dengan menggunakan segala kemahiran yang ada dalam menulis virus kod. Kebanyakan virus yang dicipta mempunya kesalahan yang besar dalam setiap kod dan arahan.

  • Penulis virus profesional

Penulis-penulis ini terus menulis kod-kod virus malahan sebahagian dari mereka memilih / mensasarkan produk perisisan besar untuk menguji kepakaran dan kepintaran mereka. Mereka cuba membina rangkaian / kumpulan untuk menulis kod-kod virus secara lebih serius. Mereka mensasarkan kepada golongan yang begitu tetap menulis kod-kod virus.

Golongan profesional ini menulis / membina kod virus untuk memasuki dan mengambil alih komputer dan rangkaian (networking). Mereka membuat penyelidikan terhadap kelemahan satu-satu perisian dan juga perkakasan dan dengan itu, mereka menggunakan ‘sosial engineering’ dalam bentuk yang betul (tanpa diragui oleh perisian atau perkakasan terbabit) untuk memastikan kod-kod virus dapat bertahan lama dan dapat berkembang melalui rangkaian.

  • Penyelidikan Virus: bukti konsep (proof-of-concept) pengarang virus

Golongan keempat adalah golongan yang terkecil sekali. Penulis virus ini menggelar diri mereka penyelidik virus. Mereka mengunakan bakat kemahiran ‘programer’ mereka untuk mencipta cara baru untuk menembusi dan menjangkiti sistem perisian, memperbodohkan perisian anti virus dan lain-lain. Mereka biasanya orang pertama yang menembusi sistem operasi baru termasuk perkakasan. Namun demikian, penulis virus ini tidak menulis virus untuk wang, tetapi untuk tujuan penyelidikan. Mereka biasanya tidak menyebar kod sumber mereka ‘bukti konsep virus’, tetapi mereka aktif membahas inovasi mereka pada sumber internet yang ditujukan untuk penulis virus.

Persoalan: Mengapa Menulis kod Virus?

  • Penipuan

Mereka menyedari bahawa membayar perkhidmatan internet seperti hosting web dan  email, menyediakan peluang baru untuk aktiviti haram dengan mendapat sedikit kepuasan. Penulis kod virus mencipta ‘trojan’ untuk mencuri maklumat penting pengguna seperti kata nama dan kata laluan semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan ‘percuma’.

  • Organisasi Jenayah Cyber

Mereka antaranya membuat kutipan / memeras terus dari pengguna (end user) samada mereka mencuri atau penipuan menerusi kata laluan yang di curi. Ada juga menggunakan ‘zombie machine’ untuk mendapatkan duit. Dengan kata lain, mereka mencipta dan menjual ‘spamming platform’ atau mengorganisasi serangan DoS (Disk Operating System) menggunakan ‘blackmail’.

  • Bot Network (memasuki menerusi rangkaian)

Kebanyakan penulis kod virus menjual hasil kod-kod mereka juag ada yang bekerja untuk mencipta ‘spam’ dan menjualkannya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s