#OpMalaysia ; Sasaran Laman Web Gov Malaysia

Posted: 16 Jun 2011 in Berita IT
Tags: , ,

Para pengodam yang hanya di kenali sebagai “anonymous” mengeluarkan kenyataan untuk mengodam laman web http://www.malaysia.gov.my atas sebab kerajaan Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat pengguna internet di malaysia dari capaian ke beberapa  laman web yang menyediakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing), tayangan ‘movie/video’ dan lain – lain.

Greetings, Malaysia,

We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.

We are Anonymous.

We are Legion.

We do not forgive.

We do not forget.
Expect Us.

Pada 16 Jun 2011, seperti di janjikan, kebanyakan laman web kerajaan Malaysia di serang oleh pengodam mengakibatkan beberapa jaringan tewas dan selebihnya di tutup. Laman web Malaysia.gov.my yang menjadi sasaran utama pengodam dapat bertahan walaupun beberapa ketika laman web ini di tutup (offline). Begitu juga laman web SKMM yang di serang dengan cara DDos, laman web ini dapat bertahan dari tewas ke tangan pengodam.

CIMB

jpm.gov.my

 

sabahtaurism

 

security.org

 

senarai status laman gov

Mereka ingin mencapai objektif dengan menggunakan cara DDos agar kerajaan Malaysia bersedia menghadapinya dan tidak memandang mudah. Realitinya, terbukti beberapa laman web tewas walaupun mereka telah menyekat ‘port’ dan serangan melalui DDos.

Kenapa sekatan yang di buat oleh SKMM membuat para pengodam mengambil tindakan sedemikian  dan pengguna internet di Malaysia marah? Jawapannya mungkin kerana..

  1. Perkongsian fail berkapasiti besar tidak dapat di lakukan melalui email pengguna kerana ia terbatas dan juga menyediakan ruang simpanan yang terhad.
  2. Laman yang menyediakan perkhidmatan perkongsian fail berbayar. Apabila di sekat, pengguna akan rugi sama sekali.
  3. Pengguna internet tidak berpuas hati dengan kelajuan internet yang di janjikan walaupun ia di bayar mahal.
  4. Mencegah dari gejala cetak rompak dengan menyekat laman yang menyediakan perkhidmatan ‘online movie’ atau  edaran salinan filem.
  5. Laman web lucah masih berleluasa walaupun penyekatan di buat melalui ‘host’ video sahaja.
  6. Dan kawasan yang sama waktu dengannya..

Mungkin ini jawapan kepada tindakan yang dibuat oleh pengodam untuk membuka mata pihak berkuasa. Kebebasan bersuara, penggunaan, dan seangkatan dengannya adalah hak untuk semua manusia. Apabila mereka menyedari hak mereka di sekat, ancaman dan tindakan bakal di tempuhi oleh ‘penyekat’ walaupun sekatan itu di fikirkan baik untuk sesetengah pihak.

Dari sudut IT, pelancaran #OpMalaysia ini bertujuan memperlihatkan keselamatan yang di jana oleh SKMM, security.org.my, syarikat – syarikat IT, pengurus IT, pereka sistem, kursus – kursus IT, sijil – sijil dan kawasan yang sama waktunya, tidak begitu memuaskan sama sekali. Terlalu awal untuk di uraikan apakah yang dilakukan oleh orang bertanggunjawab yang menjaga laman web dan sistem yang begitu mudah untuk di tewaskan. Walaupun SKMM mengatakan ianya hanya “little impact”, hakikatnya, keselamatan komputer di Malaysia masih belum kukuh.

SKMM dan beberapa laman web kerajaan Malaysia juga organisasi atau syarikat yang lain masih boleh mendapat penghargaan kerana dapat mempertahankan laman webnya sendiri dari di cerobohi jika di bandingkan dengan laman CIA.gov yang dapat di tewaskan oleh pengodam. Tidak dapat di pastikan apakah cara mereka mempertahankan  laman web dari dicerobohi atau adakah pengodam itu sendiri bukanya dari pengodam yang mengodam laman web cia.gov. Jika difikirkan, sekiranya pengodam tidak menyatakan ancaman terlebih dahulu, adakah mereka dapat mempertahankan laman web mereka?..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s