zombie_kun


zombie kartun

Nick name ni aku nak letak ‘zombie’ sahaja kerana aku suka dengan ‘mayat hidup’ ni, bukan mat dadah. Atas sebab-sebab tertentu, bila aku daftar email, blog ni, atau tempat-tempat lain, semua dah ade nick name ni. So, aku tambah ‘_kun’ dihujungnya. Ini kerana aku masih muda walau gambar yang aku post ni dah seperti mayat. Sejak dari kecil aku suka akan benda-benda pelik, ghaib, mistik, mesteri, konspirasi dan kawasan yang sama waktu dengannya.

Pelajaran aku sampai diploma je tapi pengalaman kerja banyak. Aku mula kerja sebagai pengangkat sampah. Walau kerja ini nampak buruk disisi masyarakat sekarang, tapi kerja ni paling ‘happy’ sekali kerana gaji lumanyan. Se-lori penuh sampah dapat RM20. Sehari aku dapat kutip sampah dalam anggaran 3-5 lori. Aku terpaksa berhenti kerja ni sebab  menduduki peperiksaan SPM.

Habis menduduki ‘exam’ SPM,  aku kerja sebagai ‘salesman’ ubat. Kerja ini amat rileks, jual ubat kat sekolah-sekolah. Ubat minda untuk jadi pandai. Banyak pengalaman dan kenangan kerja sebagai salesman ni. Merasa gak la ku kena maki hamun, halau balik, di layan cam haiwan dan sebagainya. Sesapa yang agak-agak tahap kesabaran tinggi, prinsip hidup kental, muka tak ade perasaan, boleh la cuba kerja ni. Aku berhenti kerja ini setelah kereta ‘company’ yang di pandu member aku bersama 2 ‘members’ lain kemalangan. Kemalangan yang kecil tetapi kesan yang amat besar.

Masa belajar dulu, duit poket kering je. Jadi aku buat part time kerja di sebuah kedai komputer, kadang-kadang kene repair komputer, kadang-kadang jadi bos. Terasa macam mane nikmatnyer hidup ini bila masa 24jam sehari di bahagikan untuk belajor, kerja, tido dan makan. Nak cari duit lebih lagi, aku gerak ke kebun untuk menebas, memetik, dan meracun semak lalang. Habis tulang 4 kerat aku kerahkan.

Selepas habis belajar, aku kerja di sebuah kedai komputer juga sebagai teknikal. Orang kata, sambil menyelam minum air, so, aku kerja part time kat office area tempat kerja aku untuk trobleshoot ape – ape yang rosak. Aku kerahkan lagi tulang  4 kerat untuk buat ape lagi yang termampu asalkan dapat habuan yang setimpal. 3 bulan lepas tu, aku ambil keputusan untuk sambung belajar sebab kekurangan ilmu.

Aku meneruskan hidup setelah habis belajar. Kali ini kerja yang jauh terpesong dari subjek pembelajaran iaitu sebagai penyembelih di pasar. Walaupun atas dasar ‘tolong’ rakan niaga, aku gagahkan diri untuk ambil peluang ni. Setiap pagi, hasil pembunuhan aku tidak kurang dari 30 ekor dan tidak lebih 80 ekor sehari. “Puas..!!“ ini yang mampu aku ucapkan setalah sekor – sekor rebah menyembah bumi.

Orait.. Stop cerita pasal kerja yang jauh terpesong dari subjek..

Aku minat pasal komputer ni sejak dari sekolah rendah lagi. Merengek-rengek kat family aku untuk beli sebiji komputer. Dari komputer tu la aku banyak belajar makna K.O.M.P.U.T.E.R dan fungsi – fungsi bebalnya. Tapi sampai sekarang komputer tu masih hidup dan berfungsi.

Masa ambil kos diploma dulu aku banyak belajar sendiri, nak harap pensyarah bagi, tak akan dapat la. Aku belajar pasal open source, web (walau mejor aku networking), multimedia dan lain-lain. Aku godek-godek semua benda ni dengan pc aku beli sendiri, intel pentium 4 2.67 Ghz, mobo EPS kot. Pastu mobo ni meletup, aku tukar dengan asus.. Cukup la setakat ni pasal zombie_kun. Kalau ade ape-ape lagi nantti aku ceritakan

Komen-komen
  1. iera_ramli berkata:

    hi zombie….heheehe…gud luck kat ko…wawawwa makin hebat ar ko skang…aku doakan ko smoga makin berjaya k….gud luck….

  2. kawan lama berkata:

    wei…skang ko buat ape ha? xkan jadi pembunuh lagi?

  3. hANAmIChI mICHI berkata:

    can u explain something about web…how to crete a simple web? or how to find web that easy to create website..or everything simple about the website………

  4. hANAmIChI mICHI berkata:

    i try your intruction about how to remove or delete virus…when i try every intruction they are nothing…so it means my pc don’t have virus..it’s true…then i just add NewFolderOption in registry….

  5. zombie berkata:

    fuh..jawab sekali terus la..

    thank to iera_ramli for the wish. kawan lama, now i’m work at puchong.

  6. zombie berkata:

    hanamichi michi, i will try to give some step howto create simple website. It take time because now I’m very busy. sorry about that.

    about remove virus manually, i cannot guaranty 100% it will work. IF it working, it doesn’t mean that you pc free from virus.

    but,thanks for your comment..

  7. kyokhujhin berkata:

    Tok Janggut Tukang Karut.. wakkakakak… >.<

  8. Axiim berkata:

    Pergh horror giler citer ko nie!! Risau aku haha..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s