Command Prompt Tak Boleh Buka ( Cannot Open Command Prompt)

Posted: 5 Oktober 2008 in Komputer
Tag:, ,

Cara 1

  • Buka registry (start–>run–>taip: regedit)
  • Cari alamat berikut: HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
  • Di sebelah kanan anda, cari fail bernama “DisableCMD”
  • Tukar nilai data (value data) kepada 0.
  • “Refresh” registri dengan menekan F5.

Cara 2

  • Buka “run” (start–>run)
  • Anda perlu taip (dicadangkan anda salin text ini dan tampal (paste) pada “run”) :

REG add “HKCU\Software\Policies\Microsoft\Windows\System /v DisableCMD /t REG_DWORD /d 0 /f”

  • Satu paparan mesej akan terpapar menunjukkan nilai yang anda masukkan telah berjaya.

Cara 3

  • Buka notepad (start–>run–>taip: notepad)
  • Anda salin kod ini:

Windows Registry Editor Version 5.00

[HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System]

“DisableCMDr”=dword:0

  • simpan fail ini dengan menamakannya apa sahaja dan di akhiri dengan .reg. contoh: cmd.reg (tukar “save as type” kepada “all filse”)
  • klik 2 kali pada fail itu dan anda akan diminta untuk mengesahkannya. setelah itu. klik “ok”.

Cara 4

  • Buka Group Policy (start–>run–>taip: gpedit.msc)
  • Lihat pada: User Configuration–> Administrative templetes–> System
  • Di sebelah kanan anda, cari fungsi ” Prevent access to the command prompt “
  • Klik 2 kali dan satu paparan tetingkap akan keluar
  • Tukar kepada ” Disable “
  • Tekan ” ok “
Komen-komen
  1. razif berkata:

    salam bro.. aku da try ko punya step ni..tapi x jadi la..
    command prompt kuar kejap pastu ilang…mcm ne tu ar..

  2. zombie_kun berkata:

    salam.. mungkin komputer ko dijangkiti virus.. banyak jenis virus yang menyerang akan men ‘ disable’ kan command prompt. so, cara yang sebaiknya adalah scan komputer anda dengan anti virus. sekiranya gagal, cuba anda restore balik sistem operasi (window) anda. sekiranya gagal juga. anda perlu guna cara manual dengan mematikan service yang di jalankan oleh virus tersebut di task manager… aku tidak berapa pasti jenis virus yang serang komputer ko…

  3. Ayam berkata:

    Salam.. saudara razif boleh try guna safe mode

Tinggalkan komen